Thursday, December 08, 2011
Ketulusan Cinta
Tuesday, November 01, 2011
Homeless Boy Steals The Talent Show
Assalamualaikum.
Saya bukanlah peminat tegar drama bersiri korea. Sekadar tengok bila ada masa, atau bila watak cerita itu adalah comel dan handsome. Hihi..
Tetapi bila melihat video ini saya seperti sedang menonton drama. Namun, hakikatnya ia adalah realiti kehidupan. Aja aja Fighting!!
Monday, September 26, 2011
Thursday, September 22, 2011
The husband Store
Sumber: Internet.
A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband.
Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates. You may visit the store ONLY ONCE!
There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights.
There is, however, a catch. ... You may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building.
So, a woman goes to the Husband Store to find a husband. .
On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.
*********
The second floor sign reads:
Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.
*********
The third floor sign reads:
Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
" Wow," she thinks, but feels compelled to keep going.
*********
She goes to the fourth floor and sign reads:
Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead good looking and help with the housework.
"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!"
*********
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:
*********
Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.
Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!
p/s: Tak perlu lah nak impikan seseorang yang perfect kalau diri sendiri pun serba kekurangan. Hidup berumahtangga perlu give and take. Jika salah seorang buat salah, jangan kita cepat melenting tanpa berfikir. Harus diingat pasangan kita pun manusia biasa, seperti juga kita. Yang penting, kena saling faham dan tidak mengulang kesalahan yang sama. Sekian, tazkirah ringkas. ekeke.. tata.
Tuesday, September 20, 2011
Tuesday, September 13, 2011
When You fall in Love
So, yang belum berteman, belum berkahwin, tak reti-reti? tapi make sure habiskan belajar dulu, kalau tak menyusahkan mak bapak pulak.
Ok, ini lah hasil yang kita dapat bila bosan+lapo+takde kerje o hoiii+ kejap lagi nak cari pisang goreng kalau ada... Amacam? not bad huh? kiki..
Ok, tata!
p/s: Mcm sedih je lagu latar.. sesuai ke dengan sweet memories aku neh? hehe.. ok lah tu, malas nak edit. hua3x. Goreng pisang yeay! goreng pisang yeay! eh, ke pisang goreng? Pisang goreng yeay!
Wednesday, August 10, 2011
Orang ikhlas Selalu tertindas? -- Part 2.
Sebelum tu, baca yang ini dulu.. Ok, ini sambungannya..
Saya suka cerita tentang kereta di atas. Sangat signifikan kan? Renung-renungkan dan selamat berbuka! Oh ya, esok abah balik dari umrah. Tetapi saya tak dapat nak jemput beliau di airport. Mujur hubby boleh ambil cuti. Comel rasanya bila mengenang hubby dan abah. Hihi.. Bestnya kalau saya boleh join. :( Ok lah, tata.
“AlLah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, AlLah berikan kepada kakak anak-anak yang cerdas menjadi.” kataku.
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“AlLah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatulLah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” kataku penuh semangat
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” tanya saya menguji kefahaman kakak itu.
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi AlLah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan AlLah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” tanya kakak tadi dan nampaknya dia sudah semakin jelas.
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir AlLah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” saya terus menyambung..
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” tanya saya.
Kakak itu tersenyum dan berkata, “Tentu tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ tanya saya.
“Pasti ada! Insya-AlLah.” jawab kakak itu dengan penuh yakin.
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi AlLahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi AlLah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“SubhanalLah!” kakak itu beristigfar.
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
Orang ikhlas Selalu Tertindas?
Salam pagi Rabu. Hari ini, bekerja dengan lapang. Tiada kelas. Tiada tugas bukan hakiki yang perlu dilakukan. Cuma perlu menghabiskan marking kertas kuiz. Sambil marking, seperti biasa, saya suka membuat kerja sampingan, membaca email. Hari ini, saya dapat satu email yang saya kira menarik untuk dikongsi. Kenapa menarik? Kerana bila selesai membaca, saya rasa ia sangat berkait rapat dengan kehidupan yang saya jalani sekarang. Membuatkan saya terus terfikir dan sedar,ada perkara yang selama ini kita tak pernah terfikirkan. Mungkin anda juga akan megalami selepas membaca nya. (Tak tahu kenapa ayat terlalu skema pagi ini, mungkin sedang mengambil mood menulis rencana untuk majalah..sampai dalam belog sendiri pun dah menaip umpama rencana..kiki). Mari sama-sama kita renungkan, kisahnya begini:
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini...” kata seorang kakak berterus-terang. Nadanya seperti kesal, kecewa dan berputus asa.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” jawab kakak tersebut.
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
“Oh ramai encik…” jawab kakak itu ringkas tetapi tidak memberikan jumlahnya.
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?” tanyaku.
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya satu persatu bermula daripada yang pertama hingga yang bongsu.. Semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” tanyaku lagi.
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya ulangku dalam hati menyetujui kata kakak itu.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
...bersambung...(wah, gitu..)
Wednesday, June 08, 2011
Puisi Sombong
Untuk apa kau sombong,
Orang sombong hanya layak dibuang ke dalam tong,
Dan kau hanya akan mampu melolong,
Kerana tiada siapa yang akan menolong,
Kerana kau sombong..
Terlalu sukar kah untuk mengukir senyum padaku,
Tatkala bertembung berselisih bahu,
Apakah sudah hilang ingatanmu,
terhadapku???
Dalam dunia kita semua sama,
Sombong itu hanyalah milik-Nya,
Hanya mampu berdoa Ya Allah bukakanlah hatinya,
Kerana dia masih belum sedar akan kesombongannya.
Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Taala, maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Taala akan menyeksanya." - Sahih Muslim
p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa. :-)
Orang sombong hanya layak dibuang ke dalam tong,
Dan kau hanya akan mampu melolong,
Kerana tiada siapa yang akan menolong,
Kerana kau sombong..
Terlalu sukar kah untuk mengukir senyum padaku,
Tatkala bertembung berselisih bahu,
Apakah sudah hilang ingatanmu,
terhadapku???
Dalam dunia kita semua sama,
Sombong itu hanyalah milik-Nya,
Hanya mampu berdoa Ya Allah bukakanlah hatinya,
Kerana dia masih belum sedar akan kesombongannya.
Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Taala, maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Taala akan menyeksanya." - Sahih Muslim
p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa. :-)
Wednesday, June 01, 2011
Cara Pantas Kuruskan badan
Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi;
“Kami menawarkan 2 program disini… RM 50 untuk versi ‘biasa’ dan RM100 untuk versi ‘cepat’.”
Mamat tu pon berkata, ” Saya ingat yang biasalah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan.”
“Ok, Encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana,” jawab penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
Perempuan tadi berkata,” kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya… hikhikhikk” dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.
Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. ” wow.. mmg senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM 50 tadi” katanya seorang diri.
Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba versi ‘cepat’ pula.
“Baiklah, Encik masuk bilik no. 6 di situ ya..”kata penjaga kaunter.
Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata ” Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat … … hehhehheee”
p/s: Jom kita berdiet!
Tuesday, May 24, 2011
Mood : Teringin yang tiba-tiba
Tiba-tiba hati ini membuak-buak ingin menjadi ibu selepas mendengar lagu sayu ni. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami.. untuk wanita bergelar ibu, anda sangat bertuah.. Doakan kami menyusul ya.
:-)
Friday, May 20, 2011
Tanyalah hati
Tanyalah hati betapa gembiranya aku semenjak dua tiga menjak ni. Bercuti panjang lah katakan. Alhamdulillah. Semoga bahagia ini sentiasa menjadi milik kita kan. Terlalu banyak untuk dikongsikan, tetapi masa belum memberi izin. Will update later about:
1. Kisah balik ke runah mentua selepas 5 bulan bergelar menantu.
2. Kisah menyandang jawatan baru: S.S
Tunggu ya.
Oh, ya. Semalam layan Nur Kasih The Movie. Thumbs up babes! Menonton bersama suami adalah sangat indah dan mengasyikkan bagi filem seperti ini. Terasa cinta semakin bercambah dan rasa kasih semakin erat. Ewah, ewah. Deraian air mata jangan cerita la, tisu tak bawa makanya lap dengan tudung sahaja. Terlalu banyak scene yang menyentuh jantung hati berlemak ini. The first part of the movie pun dah buat aku bergenang. Adoi la. As overall, nasihat dari yang berpengalaman, tak perlu lah beli popcorn bila nak menonton movie ni, mesti banyak yang kena kuah air mata dari masuk mulut. Haha.
Ok lah, sampai di sini dulu. Hendak mendobi sementara hari masih panas. :-)
Monday, May 09, 2011
I'm a bidder yeah!
Hey, mestilah dah ada masa update blog. Sekarang sang semut semua dah pulang ke sarang. So, bermaharajalela lah sang burung Tekukur. Ekeke.. Faham? tak paham wat2x paham je la yek.
Ok, Sabtu yang lepas bersamaan 7 Mei 2011 kami ke Cititel Mid Valey. Oh, bukan bercuti. Ke sana dengan satu tujuan, satu harapan, satu semangat. Semangat nak membida rumah lelong. hehe.. Ceritanya begini, encik kesayangan hamba tu berminat nak beli satu rumah lelong ni. Rumah ok, harga pun ok. So, dia pun kata marilah mencuba nasiblah kan.
After makan-makan, one of the serious buyer.haha |
Start pukul 3pm. Sebelum tu, penganjur ada sediakan makan. Kelakar time makan, en. suami cakap kena makan banyak ni coz nanti kalau tak makan takde tenaga nak fight. Padahal, fight angkat nombor je pun. haha. After register semua, dapt goodie bag. I rembat sampai 2. Kata assistant yang cemerlang, mestilah kena dapat dua..hehe.. Bila dah settle semua, ke bilik lelongan lah kita ye. Orang pun boleh tahan ramai. Excited betul ni. Yelah, orang tak pernah masuk lelong. Agaknya memang ramai lah yang nak bid rumah yang kami nak beli tu. Adalah dalam 5 orang. Last-last, takde rezeki. Takpelah, sebagai permulaan kan. Cari pengalaman. :-). Tapi memang best lah, ada tu bid satu rumah ni until half million. Huh. Banyak betul duit dia kan. Beginner mcm kita ni hanya berani bid riban-riban jek. Yelah, dah kalau nak bid kena start dengan RM1000, if boleh start dengan RM100 of course kitaorang buat. Boleh angkat nombor banyak kali.hahaha..
Ok, ini some information yang I boleh kongsi. Takdelah banyak, tapi bolehlah for beginner yang baru nak berjinak-jinak ni kan:
1. If nak tahu banyak information berkaitan rumah lelong, google sahaja. The most popular website yang I boleh suggest are http://www.auctions.com.my/, http://www.iproperty.com.my/ dll.
2. Sebelum pergi tu, make sure anda dah pegi tengok rumah tu. Check semua, e.g condition of the house, bil-bil tertunggak etc. Mcm I and hubby, beberapa hari sebelum dah pergi tengok and bila rasa cam ok, kitaorang baru proceed.
3. Nak pergi tempat lelong ni boleh je pergi dengan ejen ataupun pergi sendiri. Advantages pergi dengan ejen diorang ni kan berpengalaman, so anything just refer pada mereka. Tapi, rasanya after this kalau dah rasa confident pergi bid sendiri pun ok kot.
4. Sebelum tu, kena letak deposit atas rumah yang nak bid tuh. Macam hari tu, kami letak 5% daripada harga rumah. Buat bank draft and after that ejen yang uruskan semua. But dun't u woory bebeh, kalo tak berjaya dapat rumah tu, deposit akan dipulangkan. :-)
5. Ni lagi satu, I pun tak berapa sure. Hari tu, masa bid, ejen kami ada cakap. Kalau taknak fight just bayar pada bidder yang lain. Maknanya, takde lah pesaing kita nanti. But, kitaorang decide takmo bayar. Tak de keje kitaorang nak bayar-bayar ni. Ntah2x member2x ejen juga. Jahat tak? haha.. So, kitaorang cam fikir, rasa cam kalau dapat, dapatlah, tak dapat cari lain next time. haha..
6. Be there on time. Penting ni. Lewat sesat anda akan kerugian. Chewah.
Amacam, agak-agak dah boleh ejen hartanah tak? haha. Mimpi je la kan. Tapi, memang plan nak kumpul harta ni. Tak mampu nak beli a new one, kita start dengan yang lelong. Ok ape kan? hehe. Renung-renungkan dan selamat membida!
More tips ---------> here
Wednesday, April 13, 2011
Friday, April 08, 2011
How can I still be in the office?
Yes, it's true! Meantime,still in my office.. try to finish the markings.
Hmm, feel so bored right now. Selalunya, time sebegini dah counting down the minutes until I'm out of work, but for this time? huhu.. sedey..Hey people out there! Please be SYUKUR to Allah if you have your husband besides to you right now! K lah, nak pergi nanges jap. T_T
Friday, January 07, 2011
Butik best di Temerloh
Entry ini just nak share dengan B2B di Temerloh, Pahang.
Kalau anda sedang mencari butik mana yang best2 di Temerloh, ini adalah jawapannya: (Ranking ini adalah berdasarkan pengalaman saya ketika meng'survey' butik time nak kahwin ari tu)
1. D'Farhana - terletak bersebelahan dengan kedai bunga Auntie. Sebaris Alfio Raldo, bahagian corner lot. Butik ni in my opinion tak banyak sangat choices baju tapi pelamin dia adalah yang paling updated. Meaning setaraf butik2 di KL la. That's why I amik pakej di butik ni. untuk info yang lebih lanjut boleh call kak Elly.019-9686468. Ini salah satu hasil kreativiti mereka.. ;-)
i lovin' it..haha |
2. Koleksi Imah: butik ni sebaris dengan Happy home. Yang ini baju-baju dia ok. Pelamin pun ok. Masa tunang ari tu ambil makeup dari sini. Tapi, tak berapa berkenan. Mungkin sebab orang lain yang make up kan. Maksudnya, dia hire org lain utk make up kan saya. Tgk dari album diaorang make up cantik sebab Kak imah tu sendiri yang make up. So, be careful B2B, make sure u comfirm siapa yang make up kan u nanti. Kak Imah: 019-9470869
3. Fahami Collection: terletak berhadapan Kamdar Temerloh. Baju-baju kat butik ni memang tiptop. Banyak baju baru-baru. Selain tu, diorang jugak ambil tempahan kek kahwin. Kat Temerloh rasanya memang susah nak cari kedai kek orang melayu. So, boleh la kalau nak tempah di butik ni...Oh, yang ini sebelum dtg make sure u call dulu tanya butik buka ke tak. Coz sometimes butik tutup disebabkan oleh kebizian owner memasang pelamin di rumah customer especially hari-hari weekend..hehe..019-9693119
Yang lain-lain saya pergi juga survey tapi senarai di atas yang saya rasa paling ok. Kalau nak kepuasan kena rajin survey kan. Ingat lagi, every weekend balik kg mesti kena survey at least 2 butik. baru tahu mana yang terbaik. Heheh.. So, selamat membuat persiapan!
Subscribe to:
Posts (Atom)