Hey, mestilah dah ada masa update blog. Sekarang sang semut semua dah pulang ke sarang. So, bermaharajalela lah sang burung Tekukur. Ekeke.. Faham? tak paham wat2x paham je la yek.
Ok, Sabtu yang lepas bersamaan 7 Mei 2011 kami ke Cititel Mid Valey. Oh, bukan bercuti. Ke sana dengan satu tujuan, satu harapan, satu semangat. Semangat nak membida rumah lelong. hehe.. Ceritanya begini, encik kesayangan hamba tu berminat nak beli satu rumah lelong ni. Rumah ok, harga pun ok. So, dia pun kata marilah mencuba nasiblah kan.
After makan-makan, one of the serious buyer.haha |
Start pukul 3pm. Sebelum tu, penganjur ada sediakan makan. Kelakar time makan, en. suami cakap kena makan banyak ni coz nanti kalau tak makan takde tenaga nak fight. Padahal, fight angkat nombor je pun. haha. After register semua, dapt goodie bag. I rembat sampai 2. Kata assistant yang cemerlang, mestilah kena dapat dua..hehe.. Bila dah settle semua, ke bilik lelongan lah kita ye. Orang pun boleh tahan ramai. Excited betul ni. Yelah, orang tak pernah masuk lelong. Agaknya memang ramai lah yang nak bid rumah yang kami nak beli tu. Adalah dalam 5 orang. Last-last, takde rezeki. Takpelah, sebagai permulaan kan. Cari pengalaman. :-). Tapi memang best lah, ada tu bid satu rumah ni until half million. Huh. Banyak betul duit dia kan. Beginner mcm kita ni hanya berani bid riban-riban jek. Yelah, dah kalau nak bid kena start dengan RM1000, if boleh start dengan RM100 of course kitaorang buat. Boleh angkat nombor banyak kali.hahaha..
Ok, ini some information yang I boleh kongsi. Takdelah banyak, tapi bolehlah for beginner yang baru nak berjinak-jinak ni kan:
1. If nak tahu banyak information berkaitan rumah lelong, google sahaja. The most popular website yang I boleh suggest are http://www.auctions.com.my/, http://www.iproperty.com.my/ dll.
2. Sebelum pergi tu, make sure anda dah pegi tengok rumah tu. Check semua, e.g condition of the house, bil-bil tertunggak etc. Mcm I and hubby, beberapa hari sebelum dah pergi tengok and bila rasa cam ok, kitaorang baru proceed.
3. Nak pergi tempat lelong ni boleh je pergi dengan ejen ataupun pergi sendiri. Advantages pergi dengan ejen diorang ni kan berpengalaman, so anything just refer pada mereka. Tapi, rasanya after this kalau dah rasa confident pergi bid sendiri pun ok kot.
4. Sebelum tu, kena letak deposit atas rumah yang nak bid tuh. Macam hari tu, kami letak 5% daripada harga rumah. Buat bank draft and after that ejen yang uruskan semua. But dun't u woory bebeh, kalo tak berjaya dapat rumah tu, deposit akan dipulangkan. :-)
5. Ni lagi satu, I pun tak berapa sure. Hari tu, masa bid, ejen kami ada cakap. Kalau taknak fight just bayar pada bidder yang lain. Maknanya, takde lah pesaing kita nanti. But, kitaorang decide takmo bayar. Tak de keje kitaorang nak bayar-bayar ni. Ntah2x member2x ejen juga. Jahat tak? haha.. So, kitaorang cam fikir, rasa cam kalau dapat, dapatlah, tak dapat cari lain next time. haha..
6. Be there on time. Penting ni. Lewat sesat anda akan kerugian. Chewah.
Amacam, agak-agak dah boleh ejen hartanah tak? haha. Mimpi je la kan. Tapi, memang plan nak kumpul harta ni. Tak mampu nak beli a new one, kita start dengan yang lelong. Ok ape kan? hehe. Renung-renungkan dan selamat membida!
More tips ---------> here
huyyyooooo..... nak umah se plis.....
ReplyDeletenok umah 3 plize!!!!
ReplyDeleteNanti angah beli banglo lelong angah prepare sebilik sorang ye. 2 je yg mampu. Nak rumah bid sendiri nanti.haha..
ReplyDeletetengah cari umah ni..nak beli..huhu
ReplyDelete