Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 15, 2010

The Pursuit Of Happiness

Pagi ini, masuk UiTM, parking kereta, punch in, switch on pc, terus aku masukkan entry ini. Betapa terujanya aku nak bercerita megenai apa yang kita gelar sebagai "kebahagiaan'. Ini semua bermula bila malam tadi, aku tak tahu nak watpe. Notes semua dah prepare (punya la rajin sampai notes untuk next week pun aku dah siapkan). Hehe. Untuk release tension, tiba2 ternampak 1 vcd yang dah lama aku beli tapi masih tersadai atas almari sebab takda masa nak tgk. Tajuk : The Pursuit of Happiness.



SANGAT SUKA jalan ceritanya. Tambah2 Will Smith yang berlakon. Sangat mantap. Aku sangat ingin me'recommend'kan kepada sesiapa yang masih belum menonton filem ni (atau aku yang ketinggalan).heh. Tak kisah la. Tapi yang pasti, filem ni sangat sarat dengan mesej yang berguna dalam kehidupan seharian.

Cerita berdasarkan kisah benar mengenai seorang ayah yang sanggup berbuat apa (dengan cara yang benar) sahaja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Bermula dengan menjadi jurujual alat X-ray sehingga sanggup melabur dengan jumlah yang banyak. Tapi rezeki tidak menyebelahinya sebab alat tersebut kurang mendapat sambutan dan dia terpaksa bertungkus lumus menjual semula alat tu untuk dapatkan semula modal yang dah dia keluarkan.Masa ni mmg banyaklah dugaan yang dia terpaksa tempuh. Alat tu kena curi la, so terpaksa kejar pencuri tu smapai kena langgar dengan kereta. Balik rumah tension dengan isteri pulak yang jenis tak memahami. Tapi, aku tak salahkan isteri dia 100%, kalau aku pun mesti aku tension gak kot.huhu..dengan sewa rumah 3 bulan dah tak bayar, tax tertunggak lagi..

Pada 1 hari, dia lalu depan pejabat broker dan tegur salah sorang yang tgh parking kereta sport dekat depan office tu. Dia pun tanya mcm mana nak jadi mcm awak ek? lebih kurang mcm tu la dia tanya. haha. So, org tu cakap, pandai matematik, pandai berkomunikasi (merujuk kepada pekerjaan sebagai stock broker). So, dia pun try la mintak kerja kat situ sebab dia ni belajar takda la tinggi sangat tapi dia sangat bijak ok! Puzzle yang seorang Profesor try solve dalam masa 3 hari dia boleh selesaikan dalam masa setngah jam je.huhu..

So, dia try la minta kerja kat situ. Tapi sangat susah nak dapat. So, dia buat mcm2 usaha, tonjolkan diri pada orang atasan co. tu, mcm2 lagi la. nak citer sangat tak larat. Tapi, aku rasa mata aku tak berkelip tgk cerita ni.huhu..Last2 bila dapat kerja tu, rupa2nya buat permulaan co tu offer jadi pelatih je dulu, So gaji takda. Dia dah la tgh pokai. Camne nak jadi pelatih yang tak bergaji? So, kat sini la aku paling kagum dengan insan yang sorang ni.. sampai bini pun tak larat terus bawa diri ke New York. Si anak ditinggalkan dengan bapa. Sepanjang dia jadi pelatih tu, kena halau dari rumah sewa, tidor kat motel murah, bila takda duit, tidur kat dalam toilet dekat stesen keretapi. Scene ni paling menyentuh jiwa.huhu..

Aku rasa citer panjang2 kat sini pun takkan sama dengan menonton sendiri vcd tuh. Malam ni kalau sempat nak tengok lagi sekali. Pastu nak bagi vcd ni pinjam kat semua orang biar diaorang tgk.hehe..Sekian..