Untuk apa kau sombong,
Orang sombong hanya layak dibuang ke dalam tong,
Dan kau hanya akan mampu melolong,
Kerana tiada siapa yang akan menolong,
Kerana kau sombong..
Terlalu sukar kah untuk mengukir senyum padaku,
Tatkala bertembung berselisih bahu,
Apakah sudah hilang ingatanmu,
terhadapku???
Dalam dunia kita semua sama,
Sombong itu hanyalah milik-Nya,
Hanya mampu berdoa Ya Allah bukakanlah hatinya,
Kerana dia masih belum sedar akan kesombongannya.
Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda; "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Taala, maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Taala akan menyeksanya." - Sahih Muslim
p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa. :-)
No comments:
Post a Comment