Wednesday, May 28, 2014
28 Mei 2014 - 31 years old
Thursday, March 13, 2014
Fabulous Firas - 9 months
1st time Firas sambut birthday ayah. Happy birthday ayah! |
See |
Geram kat stereng sampai nak masuk mulut.huhu |
Dapat stereng x pandang kiri kanan.. |
Thursday, February 13, 2014
Fabulous Firas - 8 months
- Bangun pagi awal pukul 6. Ibunya pukul 6.30 baru nak celik mata dan solat. Aduii..
- Sambil tunggu ibu bersiap nak pergi kerja, dia sibuk berjalan keliling satu rumah keluar masuk dapur dengan walker. Kadang-kadang tenung ibu dia bersiap macam tau je sekejap lagi nak kena tinggal. Huwaa..
- Keluar rumah jam 8.00 stay rumah tok ngah (pengasuh) sampai pukul 6.00. Alahai anak ibu..masa lagi banyak dengan pengasuh berbanding ibunya. Realiti kehidupan dunia sekarang.. :(
- Pulang ke rumah paling lewat jam 6.00 kebiasaannya. Time ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh dia (ye ye je si ibu menaip) haha.. Boleh lepak-lepak, main-main sampai letih. Tapi selalunya tak sampai setengah jam main dah mengantuk nak tidur pulak. Huhu..
- Malam, kalau tak tidur petang boleh stay sampai jam9.00mlm then masuk tidur. Dengan ibu dia sekali terbabas. Hehe..
Ok, itu saje cerita yang bertajuk rutin harian si anak. Nanti sambung dengan rutin harian si ibu pulak. Haha..
Thursday, January 16, 2014
I'm looking For Investment Opportunities..anyone?
Rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah iaitu:
1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui
2) Pelabur
3) Pengusaha
4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya
5) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
6) Dalam perjanjian nanti tiada terma yang menjamin modal akan selamat.
(tapi of course la nak selamat kan..huhu)
7) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu
(Namun tak nak rugi..hehe)
Oleh itu,sebagai umat islam, carilah pelaburan yang halal dari segi hukum syarak, kerana yang haram dan was-was akan menyeksakan kita kemudian hari nanti..Nauzubillahiminzalik.
p/s: Pelaburan yang mengarut-ngarut tu xpyh la ye..:)
Wednesday, January 08, 2014
Seminggu selepas tahun baru 2014
Alahai anak ibu.. rindu nak gomol-gomol pipi tu.. siap la nanti ibu balik kerja..haha, ugut anak sendiri. Ini budak dah keluar macam-macam perangai. Dah tak boleh langsung ditinggalkan seorang. Even nak ke toilet sekejap pun kalau ibu dia ni hilang menangis macam kena dera. Ia disyaki berpunca dari ibunya sendiri ketika mengandungkan beliau sering menangis kerana berseorangan akibat berjauhan dengan si suami atas faktor mencari rezeki. Dah jatuh ke si anak, boleh tak teori macam tu? Hehe..
Lepas tu, bagi je la apa-apa pun kat ini budak mesti nak masuk mulut. Standard la kan baby 6 bulan mcm tu? Jenuh la si ibu dan ayah ni memantau setiap apa yang ada di tangan beliau. Menarik pun dah semakin laju ni. Cepat jalan ye anak. Lambat tumbuh gigi sebab sekarang satu pun belum nampak tanda-tanda nak tumbuh. Tak ape, selamat ibu..heheheh..
Subscribe to:
Posts (Atom)