Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

Mood : Teringin yang tiba-tiba



Tiba-tiba hati ini membuak-buak ingin menjadi ibu selepas mendengar lagu sayu ni. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami.. untuk wanita bergelar ibu, anda sangat bertuah.. Doakan kami menyusul ya.

:-)

Friday, May 20, 2011

Tanyalah hati

Tanyalah hati betapa gembiranya aku semenjak dua tiga menjak ni. Bercuti panjang lah katakan. Alhamdulillah. Semoga bahagia ini sentiasa menjadi milik kita kan. Terlalu banyak untuk dikongsikan, tetapi masa belum memberi izin. Will update later about:

1. Kisah balik ke runah mentua selepas 5 bulan bergelar menantu.
2. Kisah menyandang jawatan baru: S.S

Tunggu ya. 

Oh, ya. Semalam layan Nur Kasih The Movie. Thumbs up babes! Menonton bersama suami adalah sangat indah dan mengasyikkan bagi filem seperti ini. Terasa cinta semakin bercambah dan rasa kasih semakin erat. Ewah, ewah. Deraian air mata jangan cerita la, tisu tak bawa makanya lap dengan tudung sahaja. Terlalu banyak scene yang menyentuh jantung hati berlemak ini. The first part of the movie pun dah buat aku bergenang. Adoi la. As overall, nasihat dari yang berpengalaman, tak perlu lah beli popcorn bila nak menonton movie ni, mesti banyak yang kena kuah air mata dari masuk mulut. Haha.

Ok lah, sampai di sini dulu. Hendak mendobi sementara hari masih panas. :-)

Monday, May 09, 2011

I'm a bidder yeah!

Hey, mestilah dah ada masa update blog. Sekarang sang semut semua dah pulang  ke sarang. So, bermaharajalela lah sang burung Tekukur. Ekeke.. Faham? tak paham wat2x paham je la yek.

Ok, Sabtu yang lepas bersamaan 7 Mei 2011 kami ke Cititel Mid Valey. Oh, bukan bercuti. Ke sana dengan satu tujuan, satu harapan, satu semangat. Semangat nak membida rumah lelong. hehe.. Ceritanya begini, encik kesayangan hamba tu berminat nak beli satu rumah lelong ni. Rumah ok, harga pun ok. So, dia pun kata marilah mencuba nasiblah kan.

After makan-makan, one of the serious buyer.haha
Start pukul 3pm. Sebelum tu, penganjur ada sediakan makan. Kelakar time makan, en. suami cakap kena makan banyak ni coz nanti kalau tak makan takde tenaga nak fight. Padahal, fight angkat nombor je pun. haha. After register semua, dapt goodie bag. I rembat sampai 2. Kata assistant yang cemerlang, mestilah kena dapat dua..hehe.. Bila dah settle semua, ke bilik lelongan lah kita ye. Orang pun boleh tahan ramai. Excited betul ni. Yelah, orang tak pernah masuk lelong. Agaknya memang ramai lah yang nak bid rumah yang kami nak beli tu. Adalah dalam 5 orang. Last-last, takde rezeki. Takpelah, sebagai permulaan kan. Cari pengalaman. :-). Tapi memang best lah, ada tu bid satu rumah ni until half million. Huh. Banyak betul duit dia kan. Beginner mcm kita ni hanya berani bid riban-riban jek. Yelah, dah kalau nak bid kena start dengan RM1000, if boleh start dengan RM100 of course kitaorang buat. Boleh angkat nombor banyak kali.hahaha..




Ok, ini some information yang I boleh kongsi. Takdelah banyak, tapi bolehlah for beginner yang baru nak berjinak-jinak ni kan:

1. If nak tahu banyak information berkaitan rumah lelong, google sahaja. The most popular website yang I boleh suggest are http://www.auctions.com.my/, http://www.iproperty.com.my/ dll.

2. Sebelum pergi tu, make sure anda dah pegi tengok rumah tu. Check semua, e.g condition of the house, bil-bil tertunggak etc. Mcm I and hubby, beberapa hari sebelum dah pergi tengok and bila rasa cam ok, kitaorang baru proceed.

3. Nak pergi tempat lelong ni boleh je pergi dengan ejen ataupun pergi sendiri. Advantages pergi dengan ejen diorang ni kan berpengalaman, so anything just refer pada mereka. Tapi, rasanya after this kalau dah rasa confident pergi bid sendiri pun ok kot.

4. Sebelum tu, kena letak deposit atas rumah yang nak bid tuh. Macam hari tu, kami letak 5% daripada harga rumah. Buat bank draft and after that ejen yang uruskan semua. But dun't u woory bebeh, kalo tak berjaya dapat rumah tu, deposit akan dipulangkan. :-)

5. Ni lagi satu, I pun tak berapa sure. Hari tu, masa bid, ejen kami ada cakap. Kalau taknak fight just bayar pada bidder yang lain. Maknanya, takde lah pesaing kita nanti. But, kitaorang decide takmo bayar. Tak de keje kitaorang nak bayar-bayar ni. Ntah2x member2x ejen juga. Jahat tak? haha.. So, kitaorang cam fikir,  rasa cam kalau dapat, dapatlah, tak dapat cari lain next time. haha..

6. Be there on time. Penting ni. Lewat sesat anda akan kerugian. Chewah.

Amacam, agak-agak dah boleh ejen hartanah tak? haha. Mimpi je la kan. Tapi, memang plan nak kumpul harta ni. Tak mampu nak beli a new one, kita start dengan yang lelong. Ok ape kan? hehe. Renung-renungkan dan selamat membida!

More tips --------->  here