Monday, August 26, 2013

Ini ceita macam-macam

 
Pejam celik lagi 2 minggu nak start keroje semula setelah bercuti berkepit dengan anak selama 3 bulan..Erk..dah lupa cara nak mengajar, bole? haha.. Rasa kalau ada uwang RM5 juta dalam akaun bank dah lama berenti keroje camni..huhu..Jap lagi nak cek akaun bank ada tak RM5 juta. Ameen..
 
Cerita raya?
 
Nak cerita pun dah basi walaupun open house still bersepah sana sini. Raya tahun ni of course la meriah walaupun pakai baju raya dua taun lepas dek kerana tak sempat bershopping. Al maklum sibuk berpantang camne nak shopping ye dak? Sib baik time raya dah abis pantang bole la melantak makan macam-macam sampai lupa diri. Akibatnya anak menyusu badan yang dapat effect. Kesiann..huhu..Ok, jangan marah kita dah bertaubat sekarang dah jaga makan walaupun kekadang terbabas jugak.
 
Kehidupan selepas ada anak?
 
Hmm..camne nak ckp ek..tak dapat nak diungkap dengan kata-kata kott..sekarang baru rasa apa yang mak-mak rasa..sedih, gembira suka duka lepas ada anak ni macam-macam berlaku. Start dari masa berpantang hari tu yang tak macam orang berpantang pun dek kerana sibuk ulang alik ke hospital. Anak kuning dua minggu lebih. Akibatnya, mengurut ke mana, bertungku ke mana set bersalin pun takde kat rumah tu. Yang nampak macam orang berpantang cuma stokin je. Pilis param? Ape tu? haha.. Ok, serius. Sekarang dah insaf kan..Bila kehidupan dah stabil sikit ni dah pandai menghargai diri sendiri.
 
Cerita melahirkan?
 
Jap ek nak recall semula..haha..12 Jun 2013 (Rabu) time tu dah 39 minggu pergi weekly check up. Then cek-cek BSP tinggi giler so nurse decide nak hantar hospital terus. Dengan melenggang tak bawak pape ni dengan konfident tak akan deliver hari tu mari la kita ke hospital konon nak cek BP je. Rupe-rupenye memang ditakdirkan nak deliver hari tu. Amek ko terus menggelabah. Haha. Masuk wad pukul 10 am lebih kot lepak-lepak tunggu bukaan tak buka-buka then terus kena masuk operation theater. Waaa..tak prepare langsung nak kena operate. Alhamdulillah, pukul 4.45 waktu azan asar berkumandang (dalam bilik bedah mereka pasang radio, sempoiii...kita je yang menggigil kesejukan) anak kita keluar dari perut. Sayuu giler wehh.. Dengar azan sambil beranak..huhu..Pengalaman kena operate? x sakit ponnn...tapiiiiiii....lepas hilang bius, ambikkk..nak bangun dari katil ya Allah...dah la sengsorang je tau..nasib baik Allah bantu. Dua hari dok hospital hari Jumaat balik. Hari esokknya (sabtu) nurse dtg rumah cek baby mcm kuning. Pergi klinik kesihatan then terus kena refer hospital. Bermula la episode ulang alik ke hospital. huhu..yang ni takmo citer bole? sikit lagi nak meroyan hari tu. Dengan baby sakit, pastu luka operate terbuka (yang ni serammmm) pastu susu badan takmo kuar..can u imagine my situation? takmo citer k..nnti emo lebih..hehe..Alhamdulillah semua dah berlalu..
 
 
Ok, setakat ini dulu. Semoga terhibur..haha.. ada masa kita nak cerita berkaitan relaktasi berdasarkan pengalaman sendiri. Chewahh..

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan tahniah. Selamat berkenalan di alam cyber. Dulu baby saya jaundice sebulan. Saya pon x berpantang sangat. Cara sy berpantang sgt simple dan lepas mulakan kerja berat dan lemak mengandung lebih ketara dkt lipatan tempat c-zer. Bertingkat-tingkat lemak tu. Anyway selamat berpantang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm and thanks Dyah.. haha.. lemak memang x dpt disembunyikan after deliver kan.. skrg baru sedar diri and rajin nak pakai bengkung segala..:-)

      Delete
    2. Yang penting cuba ambil supplement. Nanti badan ketara sakit masa lepas kite masuk kerja. Maybe kesan dari bius. Dyah mmg gemuk masa pregnant 85kg dan menjadi 93 kg. Berpantang x sgt asyik keluar masuk sepital, badan hanya lost 10kg. Just sharing, kalau org kurus susah nak bgn after c-zer apatah sy yg gemuk kan. Ha ha. Skrg planning for 2nd baby. Next year inshaAllah.

      Delete