Friday, March 29, 2013

Sharing my good news

 
Hi. Mac sudah mahu berakhir. Nak taknak kena 'up' satu entri. Hehe... Salam hari Jumaat semua. Semoga hari ini dan seterusnya akan mendatangkan sejuta kebaikan buat kita. Bagi diri sendiri, ada beberapa khabar gembira yang ingin dikongsi bersama. I'm sorry, I just can't help myself. Got to tell the world bout this two good news..:)
 
1. Sudah sebumbung
Alhamdulillah, kami sudah sebumbung..:) Rezeki husband dipermudahkan. Dapat bekerja di negeri yang sama dengan kita.. Walaupun berlainan daerah, tapi masih boleh ulang alik. Kisah kehidupan selepas hidup sebumbung ni tak berapa nak ada lagi untuk diceritakan sebab baru seminggu kejadian berlaku. So far so good. Kita pun dah rajin masak sekarang.. Dulu nak jumpa sekor ikan dalam fridge pun payah... Sekarang penuh dgn bahan mentah jee.. tu je nak bagitahu sebenarnya .. haha.. semangat mula-mula kan? Hopefully istaqamah la sepanjang masa.. 
 
2. I'm going to be a mummy..In sha Allah..
Alhamdulillah, dimurahkan juga rezeki oleh Allah S.W.T untuk bakal mendapat orang baru dalam kehidupan kami :) Now dah masuk 3rd trimester pun.. Syukur,syukur,syukur.. Perasaan sekarang? Happy + cuak + nervous.. Sesiapa yang membaca ni pls doakan saya dan baby agar selamat semuanya k..:) Ameen..
 
 
 
 Renungan bersama untuk hari ini:
 
"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)
 

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 13)
 

No comments:

Post a Comment