Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 13, 2014

Fabulous Firas - 8 months


Pejam celik dah lapan bulan umur anak ibu ni. Alhamdulillah..Didoakan semoga membesar dengan sihat dan baik. Rutin harian si anak:

  • Bangun pagi awal pukul 6. Ibunya pukul 6.30 baru nak celik mata dan solat. Aduii..
  • Sambil tunggu ibu bersiap nak pergi kerja, dia sibuk berjalan keliling satu rumah keluar masuk dapur dengan walker. Kadang-kadang tenung ibu dia bersiap macam tau je sekejap lagi nak kena tinggal. Huwaa..
  • Keluar rumah jam 8.00 stay rumah tok ngah (pengasuh) sampai pukul 6.00. Alahai anak ibu..masa lagi banyak dengan pengasuh berbanding ibunya. Realiti kehidupan dunia sekarang.. :(
  • Pulang ke rumah paling lewat jam 6.00 kebiasaannya. Time ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh dia (ye ye je si ibu menaip) haha.. Boleh lepak-lepak, main-main sampai letih. Tapi selalunya tak sampai setengah jam main dah mengantuk nak tidur pulak. Huhu..
  • Malam, kalau tak tidur petang boleh stay sampai jam9.00mlm then masuk tidur. Dengan ibu dia sekali terbabas. Hehe..
Ok, itu saje cerita yang bertajuk rutin harian si anak. Nanti sambung dengan rutin harian si ibu pulak. Haha..