Thursday, December 16, 2010

Kisah MUA

Hujan lebat di luar. Sambil hirup nescafe, nak cerita berkenaan MUA masa majlis akad dan sanding.

Untuk akad, hire lova as my MUA. Tak pandai lah nak bercerita, tapi hasil dia memang superb!! Sangat berpuas hati. Thanks to ex-B2B yang banyak review pasal hasil kerja dia ni. :-) Memang perlu diakui kalau nak hasil terbaik jangan kedekut kan,kan,kan..hehe.. Masa tengah make up, sempat juga bercerita dengan Lova. I tanya why you look soooo slim haa?? Tak macam dah ada anak ponnn.. kalah i.. hahaha.. Dia siap bagi tips lagi mcm mana nak jaga badan. Aww.. Sukee.. haha.. Kesimpulannya, Lova is very high recommended. Yang nak kahwin tahun depan dah boleh start book dia ok.


p/s: Perasan tak ada jerawat yg tidak boleh disembunyikan di situ? Huhu..



Kak erin ni salah sorang team Sentuhan Derina. Pun senang nak deal dengan dia. Sangat berani bermain dengan warna. Huhu.. Actually nak mintak dia make up kan simple je. Tapi lupe giler nak mention kat dia. Sedar-sedar, alamak, dah siap ke?Haha.. Giler tak pikir ape time ni.. Anyway, syukur saja dengan apa yang ada kan.. Tapi akak ni jarang update blog okeh.. sama cam Lova. dia kata bz takde masa nak tgk blog.. hehe..

Mungkin i ni jenis tak cerewet, so redha je lah muka jadi mcm mana pun... Janji happy..heheh

Sekian.