Monday, November 30, 2009

Contoh senarai jenis2 barang hantaran pertunangan

Saya paste dari sini.

Hantaran pihak lelaki
1. Cincin merisik
- tak wajib, tapi elok ada - cincin belah rotan pun sesuai
2. Cincin tunang
- sekarang ni selalunya boleh ajak buah hati beli sama-sama, biar dia pilih sendiri. tapi kalau nak surprisekan si dia pun boleh juga.
3. Tepak sirih
- kalau budget lebih boleh bagi terus tepak sirih tu, kalau budget kurang boleh sewa dan bagi buat syarat - nanti lepas dua tiga hari majlis; minta si dia pulangkan balik.
4. Baju sepersalinan
- Kain 4 meter yang belum dijahit ataupun baju sepasang yang dah siap.
- pilih warna yang sama supaya nanti anda berdua bila pakai baju tersebut sepasang gitu.
- kalau si dia pakai tudung, boleh hadiahkan tudung sekali.
5.Makanan
- kuih-muih, pulut kuning atau kek
6. Buah
7. Coklat atau manisan lain seperti gula-gula/halwa

kalau rasa nak tambah bilangan, pihak lelaki boleh hadiahkan bunga rampai/potpouri juga dan tambahkan bilangan makanan.

Hantaran pihak perempuan

1. Sirih junjung
- sebagai membalas tepak sirih tadi. Andaikata pihak lelaki bawa sirih junjung, tak apa kita boleh balas dengan sirih junjung juga.
2. Baju sepersalinan
- kain pasang untuk buat baju melayu atau baju melayu siap, warna yang sama.
3. Kain songket
- ini boleh buat samping pakai dengan baju melayu
4. Songkok
- juga boleh pakai sekali dengan baju melayu
5. Makanan
- kuih-muih
6. Buah
7. Coklat atau manisan
8. Kek
9. Potpouri / bunga rampai

Adat di sesetengah tempat, mereka menganggap pulut kuning mestilah diberikan sebagai pulut semangat dan ianya tidak dikira sebagai barang hantaran. Sama juga dengan cincin merisik, sesetengah tempat tidak perlu cincin merisik. Memadai dengan satu cincin pertunangan sahaja. Jadi dalam hal berkaitan adat, mestilah dirujuk dahulu kepada si dia. Si dia boleh tanyakan kepada ibu bapanya dahulu dan kembali dengan jawapannya pada anda.











Monday, November 16, 2009

Checklist Majlis merisik + Bertunang

Ni aku dapat dari blog seseorang. So, untuk memudahkan aku wat perancangan aku tempelkan kat sini...:

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah (kira cam mesti ada la)

- Cincin belah rotan. (cincin tanda)
- Wang tanda (hantaran) - wajib ke bagi?
- Baju sepasang atau kain
- Buah-buahan
- Kuih-muih

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

BERTUNANG

Hantaran yang menjadi kebiasaan:
-Cincin berlian
-Sirih junjung
-separuh dari wang hantaran
-sepasang baju
-buah-buahan
-kasut
-kek

Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Apa yang Perlu Dibincangkan Semasa Majlis Pertunangan?

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan. Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai usul-usul yg berbangkit. Jadi, persoalannya..Apakah yang perlu kita bincangkan dalam mesyuarat ini?

3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:

1.Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan
Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.)

2.Jumlah hantaran yang dipersetujui
Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.

3.Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.
Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-3 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan).

Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya.

P/S: Credit to majlisimpian.com.

Apa itu pertunangan dan ape yang perlu dilakukan sebelum bertunang?

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna



Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.


Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda