Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 13, 2014

Fabulous Firas - 8 months


Pejam celik dah lapan bulan umur anak ibu ni. Alhamdulillah..Didoakan semoga membesar dengan sihat dan baik. Rutin harian si anak:

  • Bangun pagi awal pukul 6. Ibunya pukul 6.30 baru nak celik mata dan solat. Aduii..
  • Sambil tunggu ibu bersiap nak pergi kerja, dia sibuk berjalan keliling satu rumah keluar masuk dapur dengan walker. Kadang-kadang tenung ibu dia bersiap macam tau je sekejap lagi nak kena tinggal. Huwaa..
  • Keluar rumah jam 8.00 stay rumah tok ngah (pengasuh) sampai pukul 6.00. Alahai anak ibu..masa lagi banyak dengan pengasuh berbanding ibunya. Realiti kehidupan dunia sekarang.. :(
  • Pulang ke rumah paling lewat jam 6.00 kebiasaannya. Time ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh dia (ye ye je si ibu menaip) haha.. Boleh lepak-lepak, main-main sampai letih. Tapi selalunya tak sampai setengah jam main dah mengantuk nak tidur pulak. Huhu..
  • Malam, kalau tak tidur petang boleh stay sampai jam9.00mlm then masuk tidur. Dengan ibu dia sekali terbabas. Hehe..
Ok, itu saje cerita yang bertajuk rutin harian si anak. Nanti sambung dengan rutin harian si ibu pulak. Haha.. 




Thursday, January 16, 2014

I'm looking For Investment Opportunities..anyone?


Sebenarnya antara resolusi tahun 2014 ni adalah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarga. Antara usaha yang saya nampak adalah melalui pelaburan. Oleh itu, jika ada sesiapa yang berminat untuk mempromosikan sesuatu pelaburan yang baik dan ok  boleh tinggalkan komen untuk dihubungi. Tetapi dengan syarat, pelaburan itu mestilah:

Rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah iaitu:

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

5) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

6) Dalam perjanjian nanti tiada terma yang menjamin modal akan selamat.
(tapi of course la nak selamat kan..huhu)

7) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu
(Namun tak nak rugi..hehe)

Oleh itu,sebagai umat islam, carilah pelaburan yang halal dari segi hukum syarak, kerana yang haram dan was-was akan menyeksakan kita kemudian hari nanti..Nauzubillahiminzalik.


p/s: Pelaburan yang mengarut-ngarut tu xpyh la ye..:)

Wednesday, January 08, 2014

Seminggu selepas tahun baru 2014


Sebenarnya mata ni dah berpinar menghadap kertas jawapan final exam. Dari jam 2ptg sehingga sekarang (menghampiri waktu tamat kerja=5 ptg), baru 4 answer script yang siap. Alahai.. Bila tiba bab marking ni badan tiba-tiba jadi lesu semacam, otak jadi hang, perut asyik lapar (yang ni setiap masa) dan fikiran asyik melayang ke benda lain. Susah benor nak fokusnye. Cepat betul hilang azam tahun baru = kerja sepenuh hati. Hahaha..

Ni ubat penyejuk mata:


Alahai anak ibu.. rindu nak gomol-gomol pipi tu.. siap la nanti ibu balik kerja..haha, ugut anak sendiri. Ini budak dah keluar macam-macam perangai. Dah tak boleh langsung ditinggalkan seorang. Even nak ke toilet sekejap pun kalau ibu dia ni hilang menangis macam kena dera. Ia disyaki berpunca dari ibunya sendiri ketika mengandungkan beliau sering menangis kerana berseorangan akibat berjauhan dengan si suami atas faktor mencari rezeki. Dah jatuh ke si anak, boleh tak teori macam tu? Hehe..

Lepas tu, bagi je la apa-apa pun kat ini budak mesti nak masuk mulut. Standard la kan baby 6 bulan  mcm tu? Jenuh la si ibu dan ayah ni memantau setiap apa yang ada di tangan beliau. Menarik pun dah semakin laju ni. Cepat jalan ye anak. Lambat tumbuh gigi sebab sekarang satu pun belum nampak tanda-tanda nak tumbuh. Tak ape, selamat ibu..heheheh..


Potret pertama kami untuk tahun 2014. Cian dia muka separuh..hihi.. 

Tuesday, December 31, 2013

Bye bye 2013..Welcome 2014..

 
Alhamdulillah..masih bernafas sehingga ke hari ini,nikmat yang selalu kita lupa untuk syukuri. Hari terakhir di tahun 2013, maka saya sediakan sedikit sorotan.
 
Sebumbung
Tahun ini Alhamdulillah dapat sebumbung bersama suami. Semoga kehidupan kami sentiasa dilimpahi   rezeki yang diberkati dan dirahmati.
 
Pregnancy
Dikurniakan nikmat  suka duka pahit manis menjadi ibu mengandung. Alhamdullillah semua berjalan lancar bak air terjun Niagara. (Betul ke spelling?)
 
1st child
Ya Allah..syukur sangat-sangat diberi peluang ini. Berakhir sudah penantian kami suami isteri selama 2 tahun. Dikurniakan seorang baby lelaki yang saaaangat comel dan adorable! :) Semoga anak ibu membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh serta beriman kepada Yang Maha Satu- Allah S.W.T
 
 
Serba sedikit sorotan tahun 2013. Jarang sangat menulis di blog, ni je la yang dapat. Yang lain lupa sudah. Hehehe..Welcome 2014. Please be nice to me.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, August 26, 2013

Ini ceita macam-macam

 
Pejam celik lagi 2 minggu nak start keroje semula setelah bercuti berkepit dengan anak selama 3 bulan..Erk..dah lupa cara nak mengajar, bole? haha.. Rasa kalau ada uwang RM5 juta dalam akaun bank dah lama berenti keroje camni..huhu..Jap lagi nak cek akaun bank ada tak RM5 juta. Ameen..
 
Cerita raya?
 
Nak cerita pun dah basi walaupun open house still bersepah sana sini. Raya tahun ni of course la meriah walaupun pakai baju raya dua taun lepas dek kerana tak sempat bershopping. Al maklum sibuk berpantang camne nak shopping ye dak? Sib baik time raya dah abis pantang bole la melantak makan macam-macam sampai lupa diri. Akibatnya anak menyusu badan yang dapat effect. Kesiann..huhu..Ok, jangan marah kita dah bertaubat sekarang dah jaga makan walaupun kekadang terbabas jugak.
 
Kehidupan selepas ada anak?
 
Hmm..camne nak ckp ek..tak dapat nak diungkap dengan kata-kata kott..sekarang baru rasa apa yang mak-mak rasa..sedih, gembira suka duka lepas ada anak ni macam-macam berlaku. Start dari masa berpantang hari tu yang tak macam orang berpantang pun dek kerana sibuk ulang alik ke hospital. Anak kuning dua minggu lebih. Akibatnya, mengurut ke mana, bertungku ke mana set bersalin pun takde kat rumah tu. Yang nampak macam orang berpantang cuma stokin je. Pilis param? Ape tu? haha.. Ok, serius. Sekarang dah insaf kan..Bila kehidupan dah stabil sikit ni dah pandai menghargai diri sendiri.
 
Cerita melahirkan?
 
Jap ek nak recall semula..haha..12 Jun 2013 (Rabu) time tu dah 39 minggu pergi weekly check up. Then cek-cek BSP tinggi giler so nurse decide nak hantar hospital terus. Dengan melenggang tak bawak pape ni dengan konfident tak akan deliver hari tu mari la kita ke hospital konon nak cek BP je. Rupe-rupenye memang ditakdirkan nak deliver hari tu. Amek ko terus menggelabah. Haha. Masuk wad pukul 10 am lebih kot lepak-lepak tunggu bukaan tak buka-buka then terus kena masuk operation theater. Waaa..tak prepare langsung nak kena operate. Alhamdulillah, pukul 4.45 waktu azan asar berkumandang (dalam bilik bedah mereka pasang radio, sempoiii...kita je yang menggigil kesejukan) anak kita keluar dari perut. Sayuu giler wehh.. Dengar azan sambil beranak..huhu..Pengalaman kena operate? x sakit ponnn...tapiiiiiii....lepas hilang bius, ambikkk..nak bangun dari katil ya Allah...dah la sengsorang je tau..nasib baik Allah bantu. Dua hari dok hospital hari Jumaat balik. Hari esokknya (sabtu) nurse dtg rumah cek baby mcm kuning. Pergi klinik kesihatan then terus kena refer hospital. Bermula la episode ulang alik ke hospital. huhu..yang ni takmo citer bole? sikit lagi nak meroyan hari tu. Dengan baby sakit, pastu luka operate terbuka (yang ni serammmm) pastu susu badan takmo kuar..can u imagine my situation? takmo citer k..nnti emo lebih..hehe..Alhamdulillah semua dah berlalu..
 
 
Ok, setakat ini dulu. Semoga terhibur..haha.. ada masa kita nak cerita berkaitan relaktasi berdasarkan pengalaman sendiri. Chewahh..