Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2016

Homestay Temerloh Pahang

Homestay Selesa Sokmo Temerloh merupakan rumah semi D dua tingkat yang baru siap. Sangat selesa untuk keluarga besar. Sesuai dijadikan penginapan untuk 8 hingga 12 orang. Kemudahan yang disediakan:
1. 4 bilik tidur dan 4 bilik air
2. Ruang tamu yang sangat luas
3. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak.
4. Ruang parkir luas
5. Ruang makan yang selesa

Bilik 1
Katil queen
Bilik air
Aircond
Kipas syiling

Bilik 2
Katil queen
Bilik air
Aircond
Kipas syiling

Bilik 3
Katil queen
Bilik air (berkongsi dengan bilik 4)
Aircond
Kipas syiling

Bilik 4
2 Katil single
Bilik air ( berkongsi dengan bilik 3)
Aircond
Kipas syiling

Tempat berdekatan:
2 minit ke Hospital Sultan Ahmad Syah (HOSHAS)
10 minit ke lebuhraya pantai timur (exit chenor)
3 minit ke Sekolah sukan Seberang Temerloh
1 minit ke dobi layan diri, kedai runcit, 7eleven, kedai makan dll
10 minit ke pusat bandar Temerloh
7 minit ke Waterpark Kubang Gajah Temerloh
20 minit ke Mentakab
45 minit ke bandar pusat jengka (UiTM Jengka)

Sos sesiapa yang sedang mencari homestay boleh la hubungi nombor ini ya: 0199062951 atau 0199425835 atau 092791303.
Ruang tamu yang luas

Ruang tamu

Dapur dan meja makan

Bilik 1 -aircond

Ruang makan

Bilik Bawah - Aircond

Bilik 3 - kipas

Wednesday, May 28, 2014

28 Mei 2014 - 31 years old


Alhamdulillah, genap 31 tahun hari ini. 

Dikurniakan seorang suami yang penyabar, seorang anak lelaki yang comel dan aktif, keluarga yang mengambil berat, pekerjaan yang selesa, kehidupan yang sederhana dan bahagia, syukur, syukur, syukur ya Allah.

Semoga berpeluang lebih lama untuk kecapi saat-saat indah ini. Aameen.

 

Thursday, March 13, 2014

Fabulous Firas - 9 months

Quick update! Sebentar lagi nak pergi berjuang mendidik anak bangsa. Ok, Firas anak ibu dah 9 bulan rupanya. Ya Allah pantas betul masa berjalan. Sedar x sedar dah nak setahun anak ibu. Habit sekarang adalah ....
1. Suka memanjat!
2. Suka membebel!
3. Tak boleh tinggal seorang diri. Makin menjadi perangai yang satu ni. Memang langsung x boleh hilang dari depan mata dia. Mesti mulut Uuu..u...cari orang. Xpun, merengek sambil mengengsot dengan laju kejar ibu dia yang nak ke dapur sebentar untuk minum air. Kdg2 bila tinggal berdua nak ke toilet pun payah. Adoyai anak ibu. Haha..
4. Belum ada gigi. Dah pergi 1st appointment dengan doktor gigi. And beliau cakap it still normal kalau budak belum cecah setahun belum tumbuh gigi. Haha, dik ada lagi 3 bulan untuk bagi gigi anda tumbuh.
5. Gila stereng. Ya Allah, minat betul stereng sampai mak bapak nye terpaksa beli mainan yang ada stereng. Everytime pergi shopping mall mesti nak main benda gerak2 bila masuk duit tu. Haha..boleh la x sempat nak pk nama apa benda tu nak cepat ni.
6. Apa lagi ye..tu je la setakat ni. 
1st time Firas sambut birthday ayah. Happy birthday ayah!

See

Geram kat stereng sampai nak masuk mulut.huhu

Dapat stereng x pandang kiri kanan..
Sekian, terima ksih.:)

#prayforMH370

Thursday, February 13, 2014

Fabulous Firas - 8 months


Pejam celik dah lapan bulan umur anak ibu ni. Alhamdulillah..Didoakan semoga membesar dengan sihat dan baik. Rutin harian si anak:

  • Bangun pagi awal pukul 6. Ibunya pukul 6.30 baru nak celik mata dan solat. Aduii..
  • Sambil tunggu ibu bersiap nak pergi kerja, dia sibuk berjalan keliling satu rumah keluar masuk dapur dengan walker. Kadang-kadang tenung ibu dia bersiap macam tau je sekejap lagi nak kena tinggal. Huwaa..
  • Keluar rumah jam 8.00 stay rumah tok ngah (pengasuh) sampai pukul 6.00. Alahai anak ibu..masa lagi banyak dengan pengasuh berbanding ibunya. Realiti kehidupan dunia sekarang.. :(
  • Pulang ke rumah paling lewat jam 6.00 kebiasaannya. Time ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh dia (ye ye je si ibu menaip) haha.. Boleh lepak-lepak, main-main sampai letih. Tapi selalunya tak sampai setengah jam main dah mengantuk nak tidur pulak. Huhu..
  • Malam, kalau tak tidur petang boleh stay sampai jam9.00mlm then masuk tidur. Dengan ibu dia sekali terbabas. Hehe..
Ok, itu saje cerita yang bertajuk rutin harian si anak. Nanti sambung dengan rutin harian si ibu pulak. Haha.. 




Thursday, January 16, 2014

I'm looking For Investment Opportunities..anyone?


Sebenarnya antara resolusi tahun 2014 ni adalah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarga. Antara usaha yang saya nampak adalah melalui pelaburan. Oleh itu, jika ada sesiapa yang berminat untuk mempromosikan sesuatu pelaburan yang baik dan ok  boleh tinggalkan komen untuk dihubungi. Tetapi dengan syarat, pelaburan itu mestilah:

Rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah iaitu:

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

5) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

6) Dalam perjanjian nanti tiada terma yang menjamin modal akan selamat.
(tapi of course la nak selamat kan..huhu)

7) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu
(Namun tak nak rugi..hehe)

Oleh itu,sebagai umat islam, carilah pelaburan yang halal dari segi hukum syarak, kerana yang haram dan was-was akan menyeksakan kita kemudian hari nanti..Nauzubillahiminzalik.


p/s: Pelaburan yang mengarut-ngarut tu xpyh la ye..:)