Thursday, January 16, 2014

I'm looking For Investment Opportunities..anyone?


Sebenarnya antara resolusi tahun 2014 ni adalah untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarga. Antara usaha yang saya nampak adalah melalui pelaburan. Oleh itu, jika ada sesiapa yang berminat untuk mempromosikan sesuatu pelaburan yang baik dan ok  boleh tinggalkan komen untuk dihubungi. Tetapi dengan syarat, pelaburan itu mestilah:

Rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah iaitu:

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

5) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

6) Dalam perjanjian nanti tiada terma yang menjamin modal akan selamat.
(tapi of course la nak selamat kan..huhu)

7) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu
(Namun tak nak rugi..hehe)

Oleh itu,sebagai umat islam, carilah pelaburan yang halal dari segi hukum syarak, kerana yang haram dan was-was akan menyeksakan kita kemudian hari nanti..Nauzubillahiminzalik.


p/s: Pelaburan yang mengarut-ngarut tu xpyh la ye..:)

Wednesday, January 08, 2014

Seminggu selepas tahun baru 2014


Sebenarnya mata ni dah berpinar menghadap kertas jawapan final exam. Dari jam 2ptg sehingga sekarang (menghampiri waktu tamat kerja=5 ptg), baru 4 answer script yang siap. Alahai.. Bila tiba bab marking ni badan tiba-tiba jadi lesu semacam, otak jadi hang, perut asyik lapar (yang ni setiap masa) dan fikiran asyik melayang ke benda lain. Susah benor nak fokusnye. Cepat betul hilang azam tahun baru = kerja sepenuh hati. Hahaha..

Ni ubat penyejuk mata:


Alahai anak ibu.. rindu nak gomol-gomol pipi tu.. siap la nanti ibu balik kerja..haha, ugut anak sendiri. Ini budak dah keluar macam-macam perangai. Dah tak boleh langsung ditinggalkan seorang. Even nak ke toilet sekejap pun kalau ibu dia ni hilang menangis macam kena dera. Ia disyaki berpunca dari ibunya sendiri ketika mengandungkan beliau sering menangis kerana berseorangan akibat berjauhan dengan si suami atas faktor mencari rezeki. Dah jatuh ke si anak, boleh tak teori macam tu? Hehe..

Lepas tu, bagi je la apa-apa pun kat ini budak mesti nak masuk mulut. Standard la kan baby 6 bulan  mcm tu? Jenuh la si ibu dan ayah ni memantau setiap apa yang ada di tangan beliau. Menarik pun dah semakin laju ni. Cepat jalan ye anak. Lambat tumbuh gigi sebab sekarang satu pun belum nampak tanda-tanda nak tumbuh. Tak ape, selamat ibu..heheheh..


Potret pertama kami untuk tahun 2014. Cian dia muka separuh..hihi..