Friday, January 07, 2011

Butik best di Temerloh

Entry ini just nak share dengan B2B di Temerloh, Pahang.
Kalau anda sedang mencari butik mana yang best2 di Temerloh, ini adalah jawapannya: (Ranking ini adalah berdasarkan pengalaman saya ketika meng'survey' butik time nak kahwin ari tu)

1. D'Farhana - terletak bersebelahan dengan kedai bunga Auntie. Sebaris Alfio Raldo, bahagian corner lot. Butik ni in my opinion tak banyak sangat choices baju tapi pelamin dia adalah yang paling updated. Meaning setaraf butik2 di KL la. That's why I amik pakej di butik ni. untuk info yang lebih lanjut boleh call kak Elly.019-9686468. Ini salah satu hasil kreativiti mereka.. ;-)


i lovin' it..haha


2. Koleksi Imah: butik ni sebaris dengan Happy home. Yang ini baju-baju dia ok. Pelamin pun ok. Masa tunang ari tu ambil makeup dari sini. Tapi, tak berapa berkenan. Mungkin sebab orang lain yang make up kan. Maksudnya, dia hire org lain utk make up kan saya. Tgk dari album diaorang make up cantik sebab Kak imah tu sendiri yang make up. So, be careful B2B, make sure u comfirm siapa yang make up kan u nanti. Kak Imah: 019-9470869

3. Fahami Collection: terletak berhadapan Kamdar Temerloh. Baju-baju kat butik ni memang tiptop. Banyak baju baru-baru. Selain tu, diorang jugak ambil tempahan kek kahwin. Kat Temerloh rasanya memang susah nak cari kedai kek orang melayu. So, boleh la kalau nak tempah di butik ni...Oh, yang ini sebelum dtg make sure u call dulu tanya butik buka ke tak. Coz sometimes butik tutup disebabkan oleh kebizian owner memasang pelamin di rumah customer especially hari-hari weekend..hehe..019-9693119

Yang lain-lain saya pergi juga survey tapi senarai di atas yang saya rasa paling ok. Kalau nak kepuasan kena rajin survey kan. Ingat lagi, every weekend balik kg mesti kena survey at least 2 butik. baru tahu mana yang terbaik. Heheh.. So, selamat membuat persiapan!